Monday 31 December 2012

Kuil Payudara Di Jepun.

Helo2 and Assalammualaikum..salam 1 Malaysia...

Sebuah kuil yang dibina khas untuk payudara wanita mungkin terdengar lucu bagi kita, tetapi di Jepun, ini adalah tempat yang benar-benar suci.

Terletak di Kota Soja di Prefektur Okayama Jepang, Kuil Karube didedikasikan untuk Chichigamisama, Dewi Payudara. Ia dipercayai dapat membantu kelahiran anak, produksi ASI dan dipercayai dapat mengubati kanser payudara. Dibangunkan pada 1678, kuil ini menjadi terkenal kerana pohon sakura mati yang masih berdiri di dekatnya.

Tujuannya kul ini didirikan untuk berdoa mengenai hal payudara. Ramai perempuan dari seluruh Jepun akan datang untuk berdoa untuk menyembuhkan penyakit. Mereka boleh meminta apa sahaja daripada Dewi Payudara sama ada mengenai penyusuan anak sehingga ke membesarkn payudara.Permintaan itu boleh di tulis diatas papan kecil dan di gantung di kuil itu.






Nota kaki:isk2!!memalukan lah... ><

Gambar Resepsi Perkahwinan Khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha

Helo2 and Assalammualaikum...Salam 1 Malaysia...

Pada tanggal 30 Disember 2012 telah berlangsung satu majlis resepsi bagi meraikan pengantin baru yang baru sahaja dinikahkan beberapa hari lalu, Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha yang diadakan di negeri kelahiran Apex, Kelantan.








Nota kaki:sama cantik,sama padan :)

Gambar supermodel terkenal berusia 14 tahun di Brazil

Helo2 and Assalammualaikum..salam 1 Malaysia...

Muda, cantik, memikat dan menarik. Itulah gambaran bagi supermodel berasal dari Brazil yang baru berusia 14 tahun ini. Jom kita terjah gambar supermodel termuda ini...





Nota kaki:beruntungla.... ><

Gambar awex 30 tahun seperti remaja 14 tahun

Helo2 and Assalammualaikum...salam 1 Malaysia...

Xia Da merupakan salah seorang seniman manga untuk kartun jepun. Merupakan anak kelahiran Hunan , China 04 April 1981. Wajahnya yang kelihatan muda walaupun sudah berumur mencecah 30 tahun. Mungkin ramai yang terkejut dengan wajahnya yang jelas-jelas seperti remaja yang baru berumur 14 tahun.



Nota kaki:comel pulak xaku tengok perempuan ni... :)


Patung paling seram dalam sejarah manusia!!

Helo2 and Assalammualaikum...salam 1 Malaysia...
korang apa khabar..aku harap sihat walafiat...makan lagi??kalau belum lagi,pegi makan...
balik pada tajuk...tengah dok melawat pakcik Google,aku ternampak satu patung ni..memang seram la..di situ timbul idea nak cari gambar patung paling seram..aku yakin korang mesti x nak letak patung2 ni di rumah korang ataupon di rumah..dah jom kita usha patung2 di bawah ni...
















dah tengokkan??maybe ada yang nampak cute and x berapa seram sangat..tapi aku x suka tengok patung yang ke-7 tu...serius mata dy nampak seram gila... ><

hope korang enjoy dengan entry aku ni...wasalam

Nota kaki:aku nasihat korang jangan tengok lama2 sangat..nanti mengigau pulak...

Entry baru for 1.1.2013 :)

Double Hello and Assalammualaikum....


Sebelum aku teruskan penulisan aku ni..aku nak ucapkan Happy New Year kepada semua kawan2 yang aku kenal mahupon yang x kenal..hewhewhew :3
tutup buku lama,bukak buku baru,update azam baru....
Sebenarnya aku x da idea nak update...aku update sikit jew la...hope korang bahagia dengan pasangan masing2....hope korang happy selalu...

HAPPY NEW YEAR GUYS!!!

Saturday 29 December 2012

Anak kucing bermata satu !(Luar biasa)

Helo2 and Assalammualaikum...

Anak kucing yang baru dilahirkan ini dari Kampung Paya Jaras Dalam, hanya memiliki satu mataselain tidak mempunyai hidung. Bagaimanapun, ia dilaporkan telah mati selang beberapa jam setelah dilahirkan. Di bawah merupakan gambar kucing pelik bermata satu tu.


Lebih menghairankan apabila mulut kucing pelik digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet. Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.
Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia. “Mungkin ada yang menyangka kucing pelik ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini.
Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang.
Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahidketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.
“Allah itu Maha Berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.
Nota kaki:selamat membaca

Kanak kanak ini mempunyai mata seperti kucing!!

Helo2 and Assalammualaikum...

Seorang kanak-kanak yang dikenali dengan nama Nong Youhu mempunyai sepasang mata yang unik. Mata kanak-kanak ini mampu melihat secara jelas ketika berada dalam suasana gelap.


Kanak-Kanak Ini Miliki Mata Seperti Kucing (Foto+Video) | Terdapat sebuah berita melaporkan mengenai pakar perubatan di China yang telah dikejutkan dengan sepasang mata biru milik seorang kanak-kanak bernama Nong Youhui. Mata biru kanak-kanak ini mampu dilihat di dalam gelap dan memancarkan cahaya biru kehijauan seperti mana mata seekor kucing. Ia bukanlah mata hiasan seperti yang digunapakai iaitu contact lens bagi sesetengah individu. Boleh tonton video di atas.

Nong Youhui dikesan mempunyai mata yang unik ini ketika berusia baru 2 bulan. Bapanya kemudian membawa Youhui berjumpa dengan doktor, namun doktor mengatakan mata Youhui akan kembali menjadi hitam seiring usianya. Tetapi sehingga kini belum terlihat adanya sebarang perubahan.
Ketika diuji oleh pakar perubatan, terbukti mata Youhui juga mampu melihat secara sempurna di tempat yang gelap. Tetapi hal ini sekaligus memberinya penglihatan yang sangat sensitif ketika hari terang.

Nota kaki:cantik tapi menakutkan..huhu.. :3

Budak umur 4 tahun mempunyai IQ setaraf Stephen Hawking

Helo2 and Assalammualaikum...tengok kat bawah ni..comel kan..tapi dy bukan sebarang budak k...genius beb...

Budak Umur 4 Tahun Mempunyai IQ Setaraf Stephen Hawking

Budak Umur 4 Tahun Mempunyai IQ Setaraf Stephen Hawking| Heidi, kanak-kanak berusia 4 tahun, mempunyai IQ kurang satu markah dibandingkan dengan pakar fizik dunia, Stephen Hawking.
Budak perempuan yang berusia empat tahun warganegara British telah diiktiraf sebagai individu yang memiliki kecerdasan akal (IQ) yang hanya kurang satu markah sahaja dibandingkan dengan pakar fizik dunia, Stephen Hawking, kata Persatuan Kecerdasan Akal (IQ) Tinggi (MENSA).
Ketua Eksekutif Mensa British, John Stevenage, menyatakan bahawa organisasi itu bangga mengalu-alukan Heidi Hankins yang berasal dari Winchester, England, ke ranking no 2 IQ tertinggi selepas beliau mendapat markah 159 dalam IQ test dan meletakkan kanak-kanak itu hanya satu markah di belakang IQ Hawking yang mendapat 160 markah.
Ujian IQ yang diambil oleh kanak-kanak terbabit khusus dibuat untuk kanak-kanak sebaya usianya dan mengandungi campuran soalan yang berupa penyelesaian masalah dan permainan perkataan.
Bapa kepada kanak-kanak itu, Matthew Hankins, 46, menyatakan dia dan isterinya sejak awal sudah mengetahui yang anak mereka istimewa dan genius.
“Kami sudah mengjangka anak kami, Heidi, sangat bijak kerana dari kecil dia sudah pandai membaca. Kami ingin tahu mengenai IQ anak kami dan hasilnya sangat menakjubkan. Kami juga telah membelikannya satu set buku bacaan kanak-kanak Oxford sewaktu dia berusia dua tahun dan Heidi telah membaca keseluruhan set yang mengandungi 30 buku itu dalam masa hanya sejam“, ujar kedua ibubapa mereka.
Sebenarnya kemampuan Heidi ini adalah perkara yang boleh dilakukan kanak-kanak berusia tujuh tahun. Heidi cuba bercakap sejak mula lahir dan ketika usia setahun dia sudah fasih bercakap dan mampu mengungkap banyak perkataan,” tambah ibu kepada kanak-kanak genius itu.
Mensa merupakan Persatuan IQ Tinggi terbesar dan tertua di dunia. Mensa juga merupakan organisasi bukan kerajaan dan terbuka untuk mereka yang mendapat markah 98 peratus atau lebih daripada piawaian biasa yang ditetapkan ujian kecerdasan yang telah diluluskan.

#sejuk perut ibu dy kan kan kan??

Kisah Pelik tapi benar... ??

Helo2 and Assalammualaikum...aku malas nak cakap banyak..kita terus baca k... ;)

1.Kembar tiga yang lahir dengan selisih waktu 11 tahun.

Ini benar-benar susah untuk dipercayai bahawa dua gadis dan bayi berusia 3 bulan di dalam gambar di atas adalah kembar tiga,Bethony,Megand dan Ryleigh memang kembar tiga.Walaupun mereka bertiga dikandung pada hari yang sama,Ryleigh lahir 11 tahun kemudian setelah kelahiran saudara kembarnya.Hal ini disebabkan kerana,1 dari 3 embrio telah dibekukan untuk dilahirkan 11 tahun kemudian.

2.Orang yang ditembak di kepalanya,tetapi baru mengetahuinya 5 tahun kemudian.

Seorang lelaki yang tinggal di Jerman hidup dengan normal dan baik-baik saja selama lima tahun tanpa menyedari dia telah ditembak di kepala.Peluru kaliber 0,22 ditemui ketika lelaki itu pergi ke dokter untuk memeriksanya.Yang dia ingat adalah bahwa dia telah menerima pukulan ke kepala pada tengah malam di sebuah parti Tahun Baru “di tahun 2004,atau 2005″,tapi terlupa tentang hal itu kerana dia “sangat mabuk”.

3.Orang yang menembak seorang remaja kerana memakai seluar baggy.

Polis di Tennessee mengatakan Kenneth,45 tahun menjadi sangat benci dan marah padaremaja yang memakai seluar baggy dan dia menembak remaja itu di punggung.Pada 25 September,dia didakwa dengan dua tuduhan melakukan serangan dan melepaskan tembakan beberapa kali pada pemuda 17 tahun setelah mangsa menolak untuk menarik seluarnya yang melorot dan menghina kennet dengan gelaran bontot gemuk.

4.Wanita yang memecahkan rekod dunia paling gemuk dengan berat 700 pounds (320 Kg).

Ketika di usia 20,berat Terri Smith hanya sekitar 120 kilogram.Terri menikahi Myron,pada tahun 1986.Pada usia 32 dia menderita arthritis di lututnya dan tidak mampu untuk berjalan lebih dari beberapa langkah pada satu waktu.Kemudian Smith diberi kerusi roda litrik untuk berkeliling namun disebabkan Kurangnya latihan senaman fizik dan tidak mengubah pola makan menyebabkan berat badannya naik sehingga dia hampir tidak mampu berdiri.

5.Pencuri yang cuba mencuri di muzium dengan menyamar menggunakan rumput.

Menurut polis di Oregon,Gregory Liascos,suspek yang berumur 36 tahun menyamar ala kamuflase sebelum mencuba untuk menerobosi dinding sebuah muzium batu dan mineral selama beberapa malam pada bulan Oktober dalam upaya untuk mencuri koleksi emas muzium bernilai 0,25 juta dolar.Karyawan Muzium menelepon polis setelahmenemukan adanya bekas lubang dipahat di dinding dan meskipun pakaian rumput nya susah untuk dikesan,anjing polis berhasil mengesan suspek.Anjing itu menggigit timbunan tanah yang ditumbuhi rumput,dan tanah itupun menjerit.Gregory ditangkap serta merta setelah penyamarannya terbongkar oleh anjing polis.



Rumah Berhantu Di Malaysia.. !

Hello2 and Assalammualaikum...hahahx..bagi yang beragama Islam tu wajib jawab k!!bagi yang bukan beragama Islam..Salam 1 Malaysia ya...ok ada permintaan dari sornag kawan aku kat fb.


.dy mintak rumah berhantu di Malaysia...yang aku post semalam..semuanya kat luar negara...ingat negara Malaysia x da rumah hantu ka!!?? hehehe...ok aku dah search kat pakcik Google..and dah jumpa..hope korang enjoy la... :D
Selamat Membaca...

1.Highland Tower,Kuala Lumpur

Kawansan yang telah mengorbankan banyak nyawa ketika kejadian tanah runtuh di kawasa ini pada masa dahulu. Kononnya orang ramai sering terdengan suara orang menangis dan mengrang kesakitan di kawasan tersebut terutama pada waktu malam. Namun apa yang pasti kawasan ini telahpun digunakan oleh penagih dadah sebagai markas. 

2.Simpang-T Georgetown Pulau Pinang

lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

3.Institusi St Michael, Ipoh 

Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunkan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunkan sekolah ini untuk mejalankan penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

4.Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak 

Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar -pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

5.Victoria Intitution, Kuala Lumpur

Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British diseksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

6.Bukit Tungku, Kuala Lumpur 

Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam. terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaim ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

7.Genting Highland, Pahang 

Satu kawasan yang terkenal di seluruh Malaysia. Kononnya kawasan ini berhantu kerana terdapat ramai orang yang membunuh diri akibat hutang di kawasan perjudian yang terkenal ini. MAlah terdapat juga beberapa bilik yang tidak pernah disewakan walaupun semua bilik telah penuh. Kononya bilik ini dikhaskan untuk hantu-hantu Cina berehat. Tidak dapat dipastikan siapa yang telah melihat bilik ini tetapi mengikut cerita lisan dia telah jatuh sakit beberapa hari setelah melihat bilik ini. Pengunjung juga sering melihat kejadian-kejadian misteri dikawasan ini.

8.Lokap tempat Mona Fandey ditahan

Kononnya sering terdengar suara rintihan dan hembusan terutama pada waktu lewat malam. Tempat ini telah dimasukkan dalam "pakej lawatan berhantu" sempena tahun melawat Pahang.

9.Rumah ADO Menumbok, Sabah 

Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari 1 minggu dalam rumah tersebut. hinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja. Macam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

10.Penjara Pudu

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

Itu la temapt berhantu yang ada dekat malaysia...Aku x berapa sihat..so malas nak posting gambar....karangan aku pon sikit jew...sory...hope korang enjoy...wasalam... :)

Friday 28 December 2012

Rumah paling berhantu !!

Hello2 and Assalammualaikum....hari ni aku nak cerita sikit pasal rumah paling berhantu di dunia...kita tahukan rumah berhantu adalah tempat terbiar dan telah menjadi penghuni makhluk halus..so..korang nak tahu  x tempat paling berhantu tu di mana?? korang baca la kat bawah ni..

1.The Myrtles Plantation~St.Francisville,Louisiana


Dibina pada tahun 1796 oleh Jeneral David Bradford, rumah mewah lama di Perladangan Myrtles ini dikatakan dihantui beberapa hantu yang tidak tenang. Beberapa orang penyelidik berkata, sebanyak 10 pembunuhan telah dilakukan di sana, tetapi seperti orang lain, Troy Taylor dan David Wisehart, hanya mampu untuk mengesahkan satu pembunuhan di Myrtles. (Mereka berdua telah menulis mengenai sejarah dalam artikel mereka, Legends, Lore & Lies Perladangan Myrtles).


Bagaimanapun mereka bersetuju, bahawa rumah itu sebagai salah satu tempat "paling berhantu." Ini adalah sebahagian daripada hantu yang dikatakan menghantui rumah tersebut:

• Chloe - bekas hamba yang didakwa digantung di premis itu kerana dituduh membunuh dua kanak-kanak perempuan. (Pembunuhan serta kewujudan Chloe dalam kes pembunuhan tersebut masih dalam persoalan.)
• Hantu dua kanak-kanak yang dibunuh telah dilihat bermain di beranda.
• William Drew Winter - seorang peguam yang tinggal di Myrtles 1860-1871. Dia ditembak di anjung rumah sebelah rumah oleh orang yang tidak dikenali. Dengan keadaan yang cedera parah, Winter masuk ke rumah dan cuba mendaki anak tangga untuk ke tingkat dua ... tetapi tidak menjadi. Dia rebah dan meninggal dunia pada anak tangga ke-17. Ia adalah jejak langkah terakhir beliau mati yang masih boleh didengar pada tangga hingga ke hari ini. (Pembunuhan Winter adalah satu-satunya yang telah disahkan.)
• Hantu hamba lain didakwa sekali-sekala muncul untuk bertanya jika mereka boleh melakukan sebarang kerja.
• Piano besar seringkali terdengar bermain dengan sendirinya, mengulangi satu kord yang menyeramkan.

2.The Tower of London ~ London, England

Menara London, salah satu bangunan yang paling terkenal dan terpelihara dengan baik sejarah di dunia, juga mungkin salah satu yang paling berhantu. Ini adalah kerana, hukuman mati, pembunuhan dan penderaan yang telah berlaku dalam tempoh lebih daripada 1,000 tahun yang lalu. Banyak kelibat hantu telah dilaporkan di dalam dan sekitar Menara.
Pada satu musim sejuk hari pada tahun 1957 pada pukul 3 pagi, seorang pengawal telah diganggu oleh sesuatu yang menyerang bahagian atas pondok pengawal itu. Apabila dia melangkah keluar untuk menyiasat, beliau melihat 1 lembaga putih di atas menara. Ia kemudiannya menyedari bahawa pada tarikh yang sama, Februari 12, Lady Jane Grey dipancung pada tahun 1554.


Penunggu hantu Menara yang paling banyak dipaerkatakan adalah Ann Boleyn, salah satu daripada isteri-isteri Henry VIII, yang dipancung di Menara di 1536. Hantu beliau telah dikesan dalam beberapa majlis, kadang-kadang membawa kepalanya, di Menara Hijau dan di Tower Royal Chapel.
Hantu-hantu lain di Menara termasuk Henry VI, Thomas Becket dan Sir Walter Raleigh. Salah satu cerita hantu yang paling mengerikan yang berkaitan dengan Tower of London menerangkan kematian Countess dari Salisbury. Menurut satu sumber, "Countess dijatuhi hukuman mati pada 1541 selepas didakwa terbabit dalam aktiviti jenayah (walaupun sekarang ini beliau dipercayai dia mungkin tidak bersalah). Beliau melarikan diri dari blok tapi dibunuh hingga mati oleh seorang lelaki. Hukuman pelaksanaan beliau diulang tayang oleh oleh roh-roh di Menara Hijau.

3.Eastern State Penitentiary ~ Philadelphia, Pennsylvania


Eastern State Penitentiary telah menjadi destinasi pilihan bagi pemburu hantu serta orang awam kerana ia telah dibuka untuk lawatan.
Dibina pada 1829, struktur Gothic yang direka pada asalnya adalah untuk menampung 250 penghuni dalam bilik kurungan seorang diri. Walau bagaimanapun, pada keadaan tertentu, seramai 1700 banduan telah disumbat ke dalam sel-sel. Disebabkan kesengsaraan akibat tekanan emosi, dan kematian, penjara telah menjadi tempat yang dihantui.

Salah satu penghuni yang paling terkenal adalah Al Capone, beliau telah dipenjarakan di sana kerana pemilikan senjata secara haram pada tahun 1929. Semasa tinggal dia sana, beliau berkata bahawa Capone telah diseksa oleh hantu James Clark, seorang lelaki yang Capone bunuh dalam pembunuhan beramai-ramai pada Hari St Valentine terkenal.

Aktiviti-aktiviti lain yang dilaporkan termasuk:
• Bayang-bayang yang hilang dengan cepat apabila didekati.
• Lembaga yang berdiri di menara pengawal.
• Lembaga dari blok sel 12.
• Dalam blok sel 6, kelibat lembaga dilihat mengelongsor di dinding.
• Wajah hantu dikatakan muncul secara misteri dalam blok sel 4.
Malangnya, tidak semua sel-sel ini dibuka untuk kunjungan orang ramai, walaupun untuk pelancongan.

4.The Queen Mary ~ Long Beach, California

Kapal lama besar ini diakui agak berhantu, menurut orang ramai orang yang pernah bekerja dan melawat. Pada hari terakhir pelayaran Queen Mary telah dibeli bandar Long Beach, California pada tahun 1967 dan diubahsuai menjadi sebuah hotel.
Kawasan paling berhantu di kapal itu ialah bilik enjin di mana seorang kelasi berusia 17 tahun menemui ajal semasa cuba untuk melepaskan diri daripada kebakaran. Bunyi ketukan dan hantukan pada paip berdekatan pintu telah didengari dan direkodkan oleh ramai orang. Di kawasan meja bahagian depan hotel, pengunjung sering melihat hantu "lady in white."

Hantu kanak-kanak dikatakan menghantui kolam renang kapal. Roh seorang kanak-kanak perempuan, yang dikatakan telah terpatah lehernya dalam satu kemalangan di kolam renang, sering didengari meminta ibunya, anak patung. Di tempat menukar pakaian di kolam terdapat aktiviti yang tidak dapat dijelaskan. Perabot bergerak dengan sendirinya, orang merasakan sentuhan tangan dan lembaga muncul tanpa sebab. Di bahagian hadapan badan kapal, kadang-kadang boleh didengari jeritan suara yg menderita, yang dipercayai, seorang pelaut yang telah terbunuh apabila Queen Mary berlanggar dengan kapal yang lebih kecil.

5.Waverly Hills Sanatorium ~ Louisville, Kentucky

Waverly Hills Sanatorium yang asal adalah bangunan dua tingkat berstruktur kayu, telah dibuka pada tahun 1910, tetapi struktur bata dan konkrit yang lebih kukuh seperti yang dapat dilihat pada hari ini telah siap dibina pada tahun 1926. Hospital ini dibuka khusus untuk merawat pesakit batuk kering, penyakit yang selalu dihidapi pada awal abad ke-20an.
Dianggarkan bahawa sebanyak 63,000 orang telah meninggal dunia di hospital tersebut. Kematian mereka dilaporkan kerana layanan buruk terhadap pesakit yang kronik dan melakukan eksperimen terhadap pesakit
dan prosedur yang tidak sah yang menyebabkan lokasi ini berhantu.

Penyiasat paranormal yang telah pergi ke Waverly telah melaporkan pelbagai fenomena paranormal pelik, termasuk suara tanpa jasad, spot sejuk dan bayang-bayang yang tidak dapat dijelaskan. Jeritan dapat didengari bergema di lorong yang terbengkalai.

6.The Whaley House ~ San Diego, California


Terletak di San Diego, California, House Whaley telah mendapat gelaran "rumah paling berhantu di Amerika Syarikat". Dibina pada tahun 1857 oleh Thomas Whaley di atas sebahagian tanah perkuburan, rumah ini telah menjadi fokus puluhan pemerhati paranormal.

Penulis 
deTraci Regula bercakap mengenai pengalaman beliau di rumah tersebut: "Pernah terjadi, semasa makan di seberang jalan di Old Town Mexican Cafe, saya perasan bahawa bidai tingkap tingkat kedua [Whaley House] kadang-kadang akan terbuka semasa sedang makan makan malam selepas rumah itu telah ditutup untuk hari tersebut. Semasa lawatan baru-baru ini, saya dapat merasakan beberapa tenaga di beberapa bahagian di dalam rumah, khususnya dalam kawasan mahkamah, di mana saya juga berbau seperti bau curut (cigar). Saya pernah terbau minyak wangi, tetapi menyifatkan wanita muda yang bertindak sebagai tunjuk arah yang memakai wangian tersebut, tetapi selepas saya cakap dengan beliau, dia mengatakan yang dia tidak memakai sebarang haruman.

Beberapa penemuan lain termasuk:

• Roh seorang gadis muda yang mati tergantung secara tidak sengaja.
• Hantu Yankee Jim Robinson, seorang pencuri yang dijatuhi hukuman mati dan yang masih boleh didengari pada tangga rumah di mana dia mati, dan kadang-kadang dapat dilihat semasa lawatan di rumah lama tersebut.
• Anak perempuan Whaley yang berambut merah kadang-kadang muncul dalam bentuk yang realistik,
dan kadang-kadang disalah anggap sebagai kanak-kanak yang masih hidup.

Sybil Leek psikik terkenal mendakwa dapat merasakan beberapa roh di rumah tersebut, dan Hanz Holzerpemburu hantu terkenal menganggap Whaley House sebagai salah satu struktur yang paling berhantu di Amerika Syarikat.

7.Raynham Hall ~ Norfolk, England


Raynham Hall di Norfolk, England, amat terkenal dengan hantu "Brown Lady (gambar bawah)," yang telah ditangkap dalam bentuk gambar pada tahun 1936 dan dianggap sebagai salah satu daripada gambar-gambar hantu yang paling tulen yang pernah diambil.

The Unexplained Site menerangkan mengenai salah satu daripada penemuan pertama dengan hantu "Brown Lady",
"pengalaman pertama dipercayai berlaku semasa musim Krismas 1835, 
Colonel Loftus, yang kebetulan datang untuk bercuti, berjalan ke biliknya lewat satu malam dan dia melihat sesuatu yang pelik. Bila beliau cuba untuk mendapatkan gambaran dengan lebih dekat bayangan tersebut terus hilang. Pada minggu seterusnya, sekali lagi Colonel itu terserempak dengan seorang wanita pula. Beliau menyifatkan wanita tersebut sebagai seorang wanita bangsawan yang memakai pakaian satin coklat. Wajahnya nampak bersinar, sehingga menampakkan soket matanya yang kosong. "


8.The White House ~ Washington, D.C.

1600 Pennsylvania Avenue di Washington, DC bukan sahaja rumah kepada Presiden Amerika Syarikat sekarang, tetapi ia juga adalah rumah beberapa bekas presiden kehadiran mereka masih dirasai di sana, walaupun dari segi fakta mereka telah lama mati.

Presiden Harrison dikatakan didengari mencari sesuatu di loteng 
The White House, tanpa diketahui apa yang dicarinya. Presiden Andrew Jackson dikatakan menghantui bilik tidur The White House. Dan hantu First Lady Abigail Adams dilihat terapung melalui salah satu lorong di White House, seolah-olah sedang memikul sesuatu.

Hantu presiden paling kerap diihat adalah Abraham Lincoln. Eleanor Roosevelt pernah menyatakan dia berasa kehadiran Lincoln memerhatikan beliau semasa bekerja di dalam bilik tidur Lincoln. Semasa pentadbiran Roosevelt juga, seorang kerani muda mendakwa telah melihat hantu Lincoln duduk di atas katil sambil membuka kasut butnya. Pada masa yang lain, semasa Ratu Wilhelmina dari Belanda bermalam di White House semasa pemerintahan presiden Roosevelt, baginda telah dikejutkan dengan ketukan di pintu bilik tidur. Selepas membuka pintu baginda ternampak hantu menyerupai Abe Lincoln yang sedang merenung baginda dari lorong laluan. Isteri Calvin Coolidge melaporkan telah beberapa kali melihat hantu Lincoln di salah sebuah tingkap di Pejabat Oval, dengan kedua-dua tangannya berada dibahagian belakangnya, merenung dengan renungan yang dalam pada medan perang berdarah di seluruh Potomac.

9.Rolling Hills Asylum ~ E. Bethany, New York

Terletak di antara Buffalo dan Rochester, Rolling Hills Asylum mempunyai keluasan lebih kurang 53000 kaki persegi, bangunan ini terletak di atas bukit di perkampungan desa E. Bethany, NY dan kini telah menjadi sebuah destinasi popular untuk pemerhati paranormal selama bertahun-tahun. Dibuka pada 1 Januari, tahun 1827 dan pada asalnya dinamakan The Genesee County Poor Farm, ia telah ditubuhkan oleh Genesee County untuk menempatkan mereka yang layak untuk mendapatkan bantuan termasuk paupers, pemabuk lazimnya, orang gila, orang kurang upaya, orang buta, tempang atau sebaliknya, anak-anak yatim, janda, vagrants, dan malahan seorang pembunuh.
Dalam tahun 1950-an, nama bangunan telah ditukar menjadi Old County Home & Infirmary, dan kemudian pada tahun 1990-an telah diubahsuai menjadi kedai-kedai dan kemudian 1 pusat membeli-belah barangan antik. Apabila pemilik harta, vendor dan pembeli mula menyedari kejadian aneh, sekumpulan paranormal telah dipanggil untuk menyiasat dan kemudian mengenalpasti situasi menyeramkan di Rolling Hills. Laporan tersebut merangkumi suara terpisah daripada jasad, pintu tertutup secara misteri, jeritan di waktu malam, lembaga seperti bayang-bayang dan banyak lagi.

Case Manager Rolling Hills, Suzie Yencer menceritakan satu pengalaman yang mengerikan: "Pada September 2007 Semasa bekerja dengan pemerhati paranormal, terdapat seorang lelaki yang menjalankan penggambaran dokumentari tentang bangunan tersebut. Beliau mahu mencuba satu eksperimen dalam salah satu bilik. Beliau memilih bilik di tingkat bawah tanah, yang lebih dikenali sebagai bilik Krismas. Beliau mahu cuba untuk duduk di dalam bilik tanpa lampu atau kelengkapan lain tetapi hanya ingin menggunakan pink glow stick di tengah-tengahbulatan orang. Kami juga meletakkan bola kecil dan rocking horse untuk budak-budak di dalam bulatan tersebut. Lelaki tersebut meminta hanya saya yang bercakap dan cuba untuk membuat hubungan dengan dunia roh. Kemudian semasa saya bercakap, kejadian yang aneh mula berlaku. Pink glow stick mula bergerak ke depan dan ke belakang, dan rocking horse mula bergerak perlahan-lahan. Beberapa tetamu di dalam bilik termasuk saya melihat tangan dan lengan yang datang entah dari mana dan cuba mencapai bola dalam bulatan dan kemudiannya hilang .... "

10.The Stanley Hotel ~ Estes Park, Colorado



Sejarah ringkas: Bangunan siap dibina pada tahun 1909 oleh Freelan Oscar Stanley (pencipta Stanley Steamer), hotel ini mempunyai 138-bilik di Colorado Rockies yang dikenali sebagai inspirasi untuk buku Stephen King yang bertajuk The Shining, yang beliau tulis selepas tinggal di The Stanley, dalam bilik 217. Beliau tidak menulis novel di sana, mahupun filem Stanley Kubrick pada tahun 1980 tidak difilemkan di sana, tetapi The Shiningversi TV telah menggunakan Stanley Hotel sebagai lokasi. Kini, hotel ini adalah sebuah hotel yang popular dan destinasi untuk pemerhati paranormal untuk lawatan dan turut ditawarkan kepada pelawat biasa.

Beberapa fenomena telah dilaporkan di seluruh hotel:

• Jelmaan Freelan Stanley dan isterinya, Flora telah dilihat memakai pakaian rasmi di tangga utama dan kawasan awam yang lain, seperti lobi dan bilik billiard.
• Mr. Stanley juga telah dikesan di pejabat pentadbiran.. Bunyi piano Flora kedengaran sekali-sekala berkumandang di ballroom.
• Kedengaran suara terpisah daripada jasad dan jejak langkah hantu boleh didengari di lorong-lorong dan bilik.
• Kakitangan dan pelawat telah melaporkan sesuatu yang tidak dapat dilihat menghentak pakaian mereka.
• Lebih daripada satu pelawat melaporkan bila mereka terjaga dari tidur dan menyedari selimut mereka telah diambil dari katil mereka dan dilipat kemas.
• 
Earl of Dunraven, yang memiliki tanah sebelum Stanleys, dikatakan menghantui bilik 407, di mana aroma tembakau paip ceri beliau masih boleh dibau. Wajah misteri juga dilaporkan dapat dilihat di tingkap bilik apabila ia tidak diduduki oleh sesiapa.

• Bilik 217, di mana Stephen King tinggal, adalah tapak kemalangan tragik pada tahun 1911. Elizabeth Wilson hampir terbunuh disebabkan oleh letupan kebocoran gas. Sejak kematian beliau pada tahun 1950-an, aktiviti pelik yang tidak dapat dijelaskan dikatakan berlaku di dalam bilik itu, termasuk pintu terbuka dan tertutup, dan lampu bertukar di dalam dan di luar dengan sendirinya.
• Bilik 418 adalah bilik yang paling berhantu, menurut kakitangan hotel yang sering ternampak hantu kanak-kanak. Para tetamu yang tinggal di sana mengatakan hantu kanak-kanak boleh didengari bermain di lorong pada waktu malam. Sepasang suami isteri mengadu bahawa bunyi kanak-kanak bising menghalang mereka daripada tidor pada waktu malam, walaupun tidak ada kanak-kanak yang menginap di hotel itu pada masa itu. Kesan badan ditemui di atas katil walaupun bilik tersebut tidak diduduki.
• hantu kanak-kanak kecil yang memanggil pengasuh mereka telah dilihat beberapa kali di tingkat dua - termasuk oleh Stephen King.


Haa...korang enjoy x post aku kali ni??hope korang enjoy la ek...thank you so much! wasalam...

credit:Tuan