Wednesday 27 March 2013

Tanda tanda Kematian

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud. Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.
Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda Akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
PENUTUP
Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.


11 Golongan Manusia Yang Didoa Malaikat

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
  • 1.Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

  • 2.Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”

  • 3.Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”

  • 4.Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”

  • 5.Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”

  • 6.Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”

  • 7.Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”

  • 8.Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”

  • 9.Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”

  • 10.Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”

  • 11.Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.


Selamat Beramal! ^__^

Mengubati Mulut Celupar Mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W

Assalamumualaikum dan Salam 1 Malaysia

Adakah kita pernah terfikir dan sedar kita bermulut celupar? Sedarkah kita apabila kita berbicara, tanpa disedari kita telah mengguris hati dan perasaan orang lain? Pernahkan kita dipinggirkan kerana kita suka bercakap ‘lepas’?  Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah terlepas dan lari dari melakukan kesilapan dalam segala tindakan serta percakapan harian. Rasulullah telah meninggalkan beberapa petua untuk mengubati penyakit lisan dan petua yang berguna untuk mengubati penyakit-penyakit lain seperti suka memfitnah, mengumpat, menipu, bercakap kotor dan sebagainya selain mulut celupar.

Pertama, Rasulullah menyuruh kita diam apabila terdorong untuk bertutur perkara yang tidak sepatutnya.
Sahabat Abu Syuraih Al-Khuza’iy r.a. menyatakan bahawa Rasulullah pernah berpesan, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam.”

Kedua, Rasulullah menyuruh kita berzikir bagi mengimbangi aktiviti lidah. Kebanyakan dari kita menggunakan lidah untuk kemudahan dan kepentingan diri dan terlupa memuji pencipta lidah setiap hari. Kata-kata yang dihasilkan oleh lidah dalam memuji pencipta lidah lebih sedikit berbanding dengan kata-kata yang dihasilkan ketika berkomunikasi sesama kita.

Menurut sahabat Ibnu Umar, Rasulullah pernah berkata, “Janganlah kamu banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap tanpa berzikir kepada Allah mengakibatkan kerasnya hati, dan orang yang paling jauh dengan Allah adalah orang yang paling keras hati.” Rasulullah pernah menyatakan menerusi Imam Bukhari, terdapat dua kalimat zikir yang paling disukai oleh Allah SWT yang sangat mudah diucapkan tetapi sangat berat untuk diamalkan.

Kedua-dua kalimat itu adalah ‘subhanallah wa bihamdihi’ dan ‘subhanallah hil azim’ yang membawa maksud ‘Maha suci Allah dan segala pujian kepadaNya’ dan, ‘Maha suci Allah yang Maha Besar.’

Selain itu, dalam riwayat lain diceritakan, sesiapa yang membaca ‘subhanallah wa bihamdihi’ sebanyak 100 kali sehari, maka semua dosanya diampunkan oleh Allah SWT meski pun sebanyak buih di lautan.
Ketiga, Rasulullah mengajar agar kita sentiasa beristighfar untuk mengelakkan lidah kita dari terus ‘rancak’ membicarakan perkara yang kita sendiri tidak ketahui akan kesahihannya.

Istighfar bermaksud memohon keampunan dan kita digalakkan untuk beristighfar sekurang-kurangnya dengan mengucapkan, ‘Astaghfirullahazim’ disertakan ‘perasaan menyesal’ di dalam hati. Rasulullah dalam amalan hariannya selalu beristighfar sebanyak 100 kali untuk mengelakkan keburukan dalam lidahnya.

MM : Gunakan lidah anda dengan sebaiknya.. Jangan kerana mulut badan binasa.. Siapa tahu, suatu hari nanti orang yang anda syok umpatkan tu datang dan membelasah anda.. Badan anda juga yang binasa.. Bercakap apabila perlu dan jauhi segala perkataan-perkataan kesat dan langsung tidak membawa manfaat kepada anda.. Banyakkan istighfar..

Video Lelaki Mengaku Sertai Pengganas Sulu!

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


Puteri Sulu Malakukan Kesilapan Besar!!

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


KESILAPAN TERBESAR PUTERI SULU | KESILAPAN PUTERI JACEL KIRAM DEDAHKAN SURAT PERJANJIAN YANG MEMBUKTIKAN SABAH MILIK MALAYSIA.

Tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah.. Pada surat perjanjian diantara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-

"GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASE COVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878"

Kesian Puteri Jacel, mungkin selepas ini dia akan dimaki hamun oleh ahli keluarganya sendiri kerana tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram itu tidak sah.

Pendedahan dokumen perjanjian pajakan tanah Sabah di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British melalui laman sosial Facebook itu telah menguatkan lagi fakta bahawa Sabah milik sah Malaysia, kata pakar.

Penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, perjanjian yang diterjemah daripada bahasa Arab ke bahasa Inggeris itu turut tertera perkataan "pajakan kekal" tanah Sabah kepada syarikat tersebut yang membawa erti kesultanan Sulu tidak boleh menuntut kembali Sabah.

Katanya, pada zaman dahulu, perjanjian-perjanjian pajakan tanah dibuat oleh British menggunakan ayat-ayat yang merujuk kepada kekal atau selamanya termasuk penggunaan ayat selagi ada bulan dan bintang.

"Sejarah sendiri telah menunjukkan bahawa Sabah dan Malaysia kini bukan lagi di bawah jajahan dan pemerintahan British".

"Pada 1963, penduduk-penduduk Sabah dan Sarawak telah memilih untuk menyertai Malaysia melalui referendum di bawah Suruhanjaya Cobbold 1963 dan penubuhan Malaysia telah pun berlaku pada 1963 secara rasminya. Tidak ada sesiapa, mahu pun kerajaan lain yang boleh membuat tuntutan".

Beliau diminta mengulas tindakan anak perempuan ketua pengganas Sulu, Jacel Kiram yang mendedahkan dokumen perjanjian di antara Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara British bertarikh 1878 melalui laman Facebook.

Perjanjian itu bertajuk Perjanjian Pajakan Sabah 1878 dengan isi kandungan utamanya: pemberian pajakan kekal oleh Sultan Sulu meliputi tanah dan wilayah Borneo bertarikh 22 Januari 1878.

Tambah Zainal Abidin, Jacel boleh mendedahkan seberapa banyak dokumen mengenai Sabah yang dikaitkan dengan kesultanan Sulu, namun tidak satu pun akan memihak kepada mereka.

Katanya, Sabah sudah rasmi hak negara ini sejak menyertai Malaysia pada 1963.

Sementara itu, Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Zaid Ahmad berpendapat, perjanjian yang termeterai di antara Syarikat Borneo Utara British dengan Sultan Sulu mengenai pajakan kekal tanah Sabah sudah lama berlalu dan tidak boleh diguna pakai lagi setelah Sabah menyertai Malaysia pada 1963.

Katanya, mana-mana pihak kini tidak boleh mempertikai penyertaan Sabah dan Sarawak di dalam Malaysia.

"Kesultanan Sulu sendiri tidak diiktiraf di negara mereka sendiri iaitu Filipina dan sekiranya dibawa ke Mahkamah Antarabangsa sekali pun, perkara ini tidak akan menjadi kes untuk dibicarakan," katanya.

Pengganas Sulu Lagi Kejam Dari Komunis!!

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


PENCEROBOH SULU LEBIH KEJAM DARI KOMUNIS MENURUT BEKAS KOMANDO VAT 69 | “Mereka mengaku orang Islam dan kita layan mereka dengan baik, termasuk memberi makanan ketika tempoh perundingan selama dua minggu, Februari lalu.

“Jadi apabila mereka bunuh anggota keselamatan kita dengan kejam termasuk memenggal kepala dan mencungkil mata, bagi saya mereka memang tiada peri kemanusiaan, malah lebih kejam daripada komunis.”
Itu kenyataan bekas Komando VAT 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sarjan Mejar (B) Salehuddin Omar, 62, mengenai pengganas di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, yang setakat ini membunuh sembilan anggota pasukan keselamatan.
Sungguh menyedihkan apabila mayat sebahagian daripada mereka ditemui dalam keadaan tidak sempurna kerana kepala dipenggal, mata dicungkil, selain banyak kesan tetakan di seluruh tubuh.
Salehuddin yang beberapa kali bertempur dengan komunis sepanjang berkhidmat lebih 38 tahun sebelum bersara pada 2007 berkata, dalam peperangan, anggota yang berjuang memang terpaksa membunuh musuh.

Credit: Tuan

3 Wanita Menjadi Seekor Harimau

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqnB4SDw53Wm3yvJu4k0xeomlKj1bxNYi3YhX8Ye820NVnSuUsGKQz_Xsm5d-r2peSQwMtF3a1lFMG1JR4r6YkHsL3JBOQIvJ8gKTIyVUxPm6qWMBqxBPfe1Ke1cKHSOM5LMd3Pdd5MPw/s1600/2.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEihx3LF_NPZE7ZQR-oUeUHl0KtROfN7uW9SRBHzj3aO_TT6y0C12LsDrIAlaY4qY5XRpN4SJ68G0WRqXS26RDuYzp7QJvwlvCUP5Ajkm3KQ6GZ_-V1qj1bKWAx5xztl4KRmlFMQqiTQnjs/s1600/3.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgQn9dQ3t4FcFwcmHqapkSr1XlDf7Nhreda1IKkB4aEgCCZ9eXQno-UsSJvpKAv4B727hyphenhyphenyFmSTDzJ2nTmNDzPf_5VbwomF_A39JeKIQFxB0N61Zt_Px_pGPR66E_7YUuprdpg1cnJ8rZ8/s1600/4.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgXZRUjcUSREKBh2Jk7Hl2nD5nN00bj4huBlr4ArY-_H8xlqLa_HqanNDo6qTlLvhgwI0rz8Vnx9N_6TDS8iuO6308iu6JNxelPriCZMel4goHzVWQZrIbDH6nPbhISp8hmEBnrXafetG8/s1600/5.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEikpGLFq0atARIpNvSanMSVHmSthpi5UgDN3x0y1W9k2kmLBtHf3ths3UZLh4TEiQUJIJ2Pd4_Zg1nP_aO4NYeZP0WL9M_n6Qs0tD7CK_855mteSA_YvtubhkeEiyudmeDi2VccXmqnFK0/s1600/6.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_rEawnhxJuSClfms5EcTFvloY5MnSUsiNCEBdwv0VXjhmCcxo8BEosjZOlm5LHkHR9IyOhWfkpFTrTsbquIbKar9PXDiBDNbjP2Ur8jklCklg6dLhopo1tgvcO-Q4KEBw_38UvtDy0gU/s1600/7.jpg



Nota Kaki: Sangat Kreatif tetapi memalukan... :/

Rahsia Tidur Rasulullah S.A.W

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia


Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.
Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.  
Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.
Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.
Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin.
Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai “bapa-bapa angkat” mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Credit: Tuan

Kisah Wanita Tua Dan Seekor Kucing Di Tanah Suci

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Kisah ini mengenai seorang wanita tua berasal dari Perak yang menunaikan haji.
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

Haiwan Misteri Muncul Di New Jersey

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..


Ini adalah gambar makhluk aneh yang dikeluarkan dari dalam laut di New Jersey. Pelik bukan?
Gambar yang sangat viral di internet ini mencecah ratusan ribu tatapan dan tidak mengandungi maklumat lain kecuali diambil berdekatan New Jersey. Ramai yang menganggap ia merupakan pemangsa laut.

Saiz makhluk tersebut lebih kurang tiga kaki dan makhluk itu kelihatan lebih besar kerana sudut kamera yang tepat semasa gambar diambil membuatkannya besar dan ganas seperti makhluk asing yang kita lihat di kaca televisyen. Ada begitu banyak komen yang diberikan pada gambar dan antara yang menarik hati ialah :
“Makhluk ini menelan semua ikan..”

Gambar Paling Terkenal Di Dunia Yang Tidak Sengaja Tertangkap Oleh Kamera..

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..


Jangan sampai kehilangan mood ketika bercuti. Itu biasanya dilakukan oleh jurugambar yang dengan sabar menanti moment semasa membidikkan kameranya. Namun, hal berbeza dilakukan oleh seekor tupai yang kemudian menjadi terkenal, kerana dia tiba-tiba muncul di depan kamera, sebelum kamera itu secara automatik merakam gayanya.

Melissa Brandts dan suaminya Jackson, dari Minneapolis, Minnesota, menetapkan waktu pada kamera untuk sebuah jepretan romantis berdua dengan latar belakang tasik. Selagi menunggu saat-saat kamera secara automatik terklik mereka berdua, tiba-tiba seekor tupai nakal bergaya di depan kamera. Dan … klik! “Tupai itu bergaya dengan manisnya di depan pasangan ini.
Mrs Brandts berkata: “Kami telah menyiapkan kamera di batuan dan semasa bersedia untuk mengambil gambar, tiba-tiba ada tupai yang tertarik muncul dari dalam tanah dan semakin hairan dengan suara fokus lensa kamera yang berputar.”
Gambar diambil dengan latar belakang Tasik Minnewanka di Taman Negara Banff, Kanada. Kelihatan model yang berbulu dengan hidung hitam menonjol berdiri dan kini telah menjadi bintang antarabangsa.
Ini kerana, wajah tupai itu terpampang di laman web National Geographic dalam saluran galeri Gambar “Your Shot”. Tak lupa, ada keterangan tentang gambar tersebut. “Ini adalah moment yang hanya sekali dalam seumur hidup. Ketika itu kami pun mentertawakan, makhluk kecil itu.”
Credit ; Tuan

Gambar Janin Haiwan Ketika Masih Dalam Rahim Ibunya..

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Gambar  menakjubkan ini di ambil oleh Peter Chinn yg kemudian di jadikan film dokumentar” Extraordinary Animals in the Womb “yang di terbitkan oleh National Geographic.








Comel kan??? ^.^

Monday 25 March 2013

Kenny Babyface puji kelunakan suara Dato' Siti

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Kenny Babyface Puji Kelunakan Suara Dato` Siti

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2013: Perangkul Anugerah Grammy, Kenny 'Babyface' Edmonds memuji kelunakan suara milik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza di hadapan tetamu kehormat yang menghadiri malam gala Sapurakencana Petroleum Malaysia Grand Prix Charity Gala 2013 di Hotel Majestic, di sini malam semalam.

Pujian ikhlas itu diberikan Kenny Babyface sebaik sahaja selesai mendendangkan lagu duet pertamanya bersama Datuk Siti berjudul When I Fall In Love, sebelum meneruskan kolaborasi mereka dengan lagu Fire bagi menyemarakan lagi majlis.

Bercakap kepada portal murai.com.my ketika dihubungi sebentar tadi, Datuk Siti berkata peluang berduet bersama penyanyi dan komposer terkenal itu merupakan pengalaman yang cukup istimewa serta sangat dihargai.

"Sukar untuk saya ungkapkan perasaan saya selepas berpeluang berduet dengan Kenny 'Babyface'. Pastinya sangat gembira kerana beliau merupakan composer, penyanyi dan pemuzik yang sangat disegani.
"Lebih-lebih lagi ketika di zaman sekolah dulu saya sering mendengar lagu-lagu merdu Babyface dan sekarang saya berpeluang beradu suara dengannya," katanya yang sebelum ini pernah berduet dengan Gareth Gates, Lee-Hom Wang dan Sean Kingston.

Majlis gala amal yang dianjurkan sempena kehadiran sukan Formula One di ibu negara itu, telah berjaya mengutip dana sebanyak RM200,000 bagi membantu Institut Jantung Negara.
Selain Kenny 'Babyface', Datuk Siti, pelakon popular Hollywood, Teri Hatcher , Josh Hartnett, penyanyi jazz queen Datuk Sheila Majid, Marion Caunter, Joe Flizzow dan pelumba Mercedes GP, Lewis Hamilton serta Nico Rosberg.
Datuk Siti menambah, sebagai artis tempatan dia meletakan dirinya jauh jika mahu dibandingkan dengan penyanyi lagenda itu, apatah lagi namanya hanya dikenali dipersada seni hiburan nusantara sahaja.
Tampil tersendiri dengan gaun hitam litup rekaan Rizman Ruzaini, penyanyi Aku Cinta Padamu itu memuji sikap merendah diri dan bersederhana penyanyi antarabangsa berkenaan sepanjang dapat bersamanya.
"Memang masa kami bertemu tidak lama. Tetapi ketika sesi latihan dan sound check pada sebelah petang sebelum persembahan berlangsung, kami telah dipertemukan buat pertama kalinya.
"Bagi saya, dia seorang yang merendah diri. Sempat juga dia mengajar saya beberapa perkara dan kami berbincang bersama bagi memastikan persembahan kami pada malam berkenaan tampak sempurna," katanya Datuk Siti.

Agak terkilan kerana tidak dapat menyerahkan cakera padat lagu-lagunya kepada Kenny 'Babyface', Datuk Siti bagaimanapun agak berbesar hati apabila penyanyi berkenaan sudi memilihnya untuk berduet bersama.
Kata Datuk Siti, dia hanya diberitahu oleh pihak penganjur mengenai kolaborasi berkenaan iaitu hampir seminggu dua sebelum tarikh sebenar kerana menunggu keputusan daripada pihak Babyface sendiri.
"Sebelum kolabirasi ini dibuat, pihak penganjur telah mencadangkan beberapa nama termasuk nama saya kepada Babyface. Bagaimanapun mereka mahu mengambil sedikit masa untuk melihat latar belakang barisan penyanyi berkenaan.

"Alhamdulillah, yes. Nampaknya selepas menilai sendiri profil saya, Kenny 'Babyface' telah bersetuju untuk berduet bersama dengan saya," katanya dalam nada gembira.
Jelas Datuk Siti, dia memperuntukan masa selama lima hari untuk berlatih mendendangkan dua lagu berkenaan, meskipun telah berlakunya perubahan pada pemilihan lagu di saat-saat akhir daripada pihak Babyface sendiri.

Datuk Siti dan Kenny 'Babyface' sepatutnya menyanyikan lagu Everytime I Close My Eyes dan Fire bersama-sama, bagaimanapun telah ditukar kepada When I Fall In Love.
"Sesungguhnya saya tidak berhadapan dengan sebarang kesukaran walaupun ada perubahan di saat akhir. Kerana lagu When I Fall In Love merupakan lagu kegemaran saya dan dia mahu mendendangkan lagu Everytime I Close My Eyes secara solo untuk malam itu," katanya.

credit: Murai

Najwa Latif Dapat 4A Dalam SPM

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia..

Sebelum baca berita selanjutnya aku nak ucapkan TAHNIAH! kepada artis dari YouTube iaitu Najwa Latif kerana memperolehi 4A dalam keputusan SPM baru2 ini..

Najwa Latiff  Dapat 4A Untuk SPM

BATU PAHAT, 21 MAC 2013: Penyanyi remaja yang dikenali dengan lagu Cinta Muka Buku dan Kosong, Najwa Latiff telah memperoleh 4A daripada 10 mata pelajaran yang diambil dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menerusi laporan Utusan Online hari ini, Najwa atau nama sebenarnya, Imratul Najwa Abdul Latif yang merupakan pelajar aliran Sains Tulen Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat bagaimanapun tidak hadir untuk mengambil slip keputusan peperiksaannya.

Keputusan SPM Najwa diambil oleh kakaknya, Syafikah yang hadir seorang diri dengan membawa kad pengenalan adiknya sebagai bukti untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Usaha sekumpulan wartawan media untuk menemubual kakak kepada penyanyi tersebut gagal apabila dia enggan melayan pihak media dan bergegas pulang sebaik menerima slip keputusan peperiksaan adiknya itu.
Najwa antara 192 pelajar sekolah tersebut yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu dan keputusannya diumumkan hari ini.

Penyanyi itu ketika menduduki SPM tahun lalu menyasarkan untuk mendapat 6A selepas berjaya memperoleh 5A dalam peperiksaan percubaan.

Rita Rudaini Ditempelak Gara gara Seorang Blogger !

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia...

Rita Rudaini Ditempelak Gara-Gara Seorang Blogger?

KUALA LUMPUR, 22 MAC 2013: Pelakon Rita Rudaini telah menegur tindakan seorang blogger hiburan yang disifatkannya telah menokok tambah cerita yang diambilnya dari portal hiburan Murai.com.my (Murai) sehingga menyebabkan Rita ditempelak oleh Aidil dan keluarganya.

Antara isi kandungan cerita asal ditulis Murai, Rita memberitahu bahawa dahulu Aidil memang tidak membenarkan dia berlakon dengan seorang aktor dari Singapura.
Oleh kerana tindakan blogger tersebut yang membuat andaian sendiri dengan meletakkan gambar Aaron Aziz di dalam entrinya itu, ternyata telah mengundang rasa tidak senang daripada pihak Aidil.

Ketika dihubungi, Rita dengan nada tegas menyuarakan kekesalannya dengan apa yang berlaku walaupun pihak blogger tersebut telah memadam entri berkenaan yang disifatkan Rita sebagai tidak beretika.
"Kalau dia(blogger) tidak tahu atau jelas dengan situasi sebenar, tolonglah jangan memandai-mandai menambah cerita kerana akibatnya saya juga yang kena telan.

"Adakah dia tahu yang saya telah dilemparkan dengan macam-macam tuduhan selepas keluarnya cerita tersebut?

"Sekalipun ia telah dipadam atau dibuang, saya tetap mendapat tempelaknya walaupun saya tidak pernah menyebut siapa aktor itu.

"Saya sendiri pun mendapat tahu mengenai hal ini selepas saya dimarahi pihak 'sana' kerana dituduh suka mencetuskan kontroversi.

"Jangan jadikan isu sensitif dan perkara yang di luar pengetahuan sebagai cara untuk membuatkan orang membaca blog anda.

"Kalau gosip sekalipun pasti ada cara yang betul dan bukan menjual nama orang demi kepentingan sendiri.

"Selepas ditegur di Twitter pun, dia seperti mengganggap perkara itu tidak besar.

"Mungkin pada dia, tetapi saya terpaksa tanggung bila nama dan reputasi saya tercalar,"cerita Rita panjang lebar mengenai tindakan seorang blogger hiburan itu.

Dia yang agak bengang dengan perkara itu berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi.
Di dalam Twitter juga, Rita memohon agar tidak lagi mengeruhkan keadaan yang sedia bermasalah.
Selain itu dia mahu pihak berkenaan menjelaskan bahawa itu semua adalah cerita andaian dan bukan daripada Rita sendiri.


Nota Kaki:Fitnah tidak baik di amalkan... !



Wednesday 20 March 2013

Hello.... o.O

Assalammualaikum....salam 1 Malaysia..huhu...

Sejak aku keje.,..aku dah banyak buat fesyen tudung...hoho...dah banyak mekap...yew la..jual buku kena mekap sikit..bagi pelanggan sejuk mata memandang..hahahax..:D
semua stail tudung aku banyak tengok kat YouTube..and modelnya IMASAHAJA..
korang kenal; x?/mesti kenal kan...yang comel tu,...nak tengok x gambar aku tu??tapi jangan tengok lama taw..takut korang angau pulak..hahahahx....





ada sikit jew..sebanarnya ada banyak..tapi ada kat fon aku..huhu...nanti aku post lagi k...bye2...

Tuesday 19 March 2013

Henset Baru..hewhew

Assalammualaikum kawan2..

Sihat ke x??kalau x sihat pegi makan ubat..heheheh...dah lama aku x update status kan??rindu aku x??maafla...sibuk cari rezeki..hahahax...
OK!berbalik pada tajuk..setelah penat lelah aku cari duit..sampai turun berat badan aku..akhirnya aku dapat beli henset baru!!yeahh!!!seronok sangat beb!rasa kepuasan bila dapat beli barang yang kita nak guna duit sendiri...korang nak tahu aku guna ncet apa????nak tahu x???heheh...jeng jeng jeng...


Tada.....SAMSUNG GALAXY Y HELLO KITTY!!

Korang tahu x henset ni???mesti tahukan....hehehe...LIMITED EDITION punya..nasib baik aku sempat beli...huhu....nak tengok gambar aku bergaya dengan henset ni???nak x???
1
.
.
.
.
2
.
.
.
.
3
.
.
.
.

Comel kan kan kan ??

Sebelah tu sepupu aku..


ada sikit jew..hehehx...hope korang enjoy tengok muka aku yang cute miut tu..heheh..perasan sekejap k..
x pa la...bye2...