Saturday, 29 December 2012

Rumah Berhantu Di Malaysia.. !

Hello2 and Assalammualaikum...hahahx..bagi yang beragama Islam tu wajib jawab k!!bagi yang bukan beragama Islam..Salam 1 Malaysia ya...ok ada permintaan dari sornag kawan aku kat fb.


.dy mintak rumah berhantu di Malaysia...yang aku post semalam..semuanya kat luar negara...ingat negara Malaysia x da rumah hantu ka!!?? hehehe...ok aku dah search kat pakcik Google..and dah jumpa..hope korang enjoy la... :D
Selamat Membaca...

1.Highland Tower,Kuala Lumpur

Kawansan yang telah mengorbankan banyak nyawa ketika kejadian tanah runtuh di kawasa ini pada masa dahulu. Kononnya orang ramai sering terdengan suara orang menangis dan mengrang kesakitan di kawasan tersebut terutama pada waktu malam. Namun apa yang pasti kawasan ini telahpun digunakan oleh penagih dadah sebagai markas. 

2.Simpang-T Georgetown Pulau Pinang

lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

3.Institusi St Michael, Ipoh 

Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunkan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunkan sekolah ini untuk mejalankan penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

4.Malay College Kuala Kangsar(MCKK) , Kuala Kangsar Perak 

Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar -pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

5.Victoria Intitution, Kuala Lumpur

Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British diseksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

6.Bukit Tungku, Kuala Lumpur 

Satu kawasan yang menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam. terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaim ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

7.Genting Highland, Pahang 

Satu kawasan yang terkenal di seluruh Malaysia. Kononnya kawasan ini berhantu kerana terdapat ramai orang yang membunuh diri akibat hutang di kawasan perjudian yang terkenal ini. MAlah terdapat juga beberapa bilik yang tidak pernah disewakan walaupun semua bilik telah penuh. Kononya bilik ini dikhaskan untuk hantu-hantu Cina berehat. Tidak dapat dipastikan siapa yang telah melihat bilik ini tetapi mengikut cerita lisan dia telah jatuh sakit beberapa hari setelah melihat bilik ini. Pengunjung juga sering melihat kejadian-kejadian misteri dikawasan ini.

8.Lokap tempat Mona Fandey ditahan

Kononnya sering terdengar suara rintihan dan hembusan terutama pada waktu lewat malam. Tempat ini telah dimasukkan dalam "pakej lawatan berhantu" sempena tahun melawat Pahang.

9.Rumah ADO Menumbok, Sabah 

Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari 1 minggu dalam rumah tersebut. hinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja. Macam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

10.Penjara Pudu

Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.

Itu la temapt berhantu yang ada dekat malaysia...Aku x berapa sihat..so malas nak posting gambar....karangan aku pon sikit jew...sory...hope korang enjoy...wasalam... :)

0 nak tahu:

Post a Comment